Dalam pencarian ilmu dengan menghadiri kelas mengaji online, anda tidak perlu runsing atau malu dengan orang lain. Quranic Mind Network memahami keinginan anda untuk bertaubat, kembali kepada ajaran Al-Quran, memperbaiki bacaan Al-Quran dan menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Jika anda sedang mencari kelas mengaji online, ini mungkin suatu petunjuk daripada Allah S.W.T bagi anda menyertai kelas mengaji Al-Quran bersama Quranic Mind Network.
Institusi Quranic Mind ini berteraskan pengajian Al-Quran dan menawarkan pengajian bermula dari peringkat Asas Dewasa, Tajwid, Talaqqi Am dan Talaqqi Khas. Bermula dari tahun 2017, Quranic Mind telah menjadi peneraju pendidikan Al-Quran & Solat yang menawarkan pengajian berkualiti bagi sesiapa sahaja yang ingin belajar.
Kini, Quranic Mind telah menerima seramai lebih 1000 penyertaan dan ada yang telahpun mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 juzuk secara Talaaqi Am.
Dalam kepesatan perkembangan teknologi dunia, Quranic Mind turut mengadaptasi kelas mengaji online dalam pengajaran Al-Quran sambil memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik bagi setiap peserta.
Kelas mengaji online ini dibimbing oleh guru yang berpengalaman dan mempunyai kelulusan dalam bidang pengajian ini. Setakat ini, Quranic Mind memilik lapan orang pekerja tetap yang sebahagiannya mempunyai latar belakang akademik yang membanggakan seperti Ijazah Sarjana Ekonomi dan Ijazah Sarjana Syariah. Oleh sebab itu, yakinlah bahawa Quranic Mind menawarkan pengajian yang berkualiti buat anda.
Quranic Mind berhasrat untuk menjadi sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan Al-Quran dan solat dengan menggunakan teknik pengajian yang sistematik dan terbukti berkesan untuk membantu orang ramai celik Al-Quran, serta membawa masyarakat dan diri kita ke Syurga Allah S.W.T.
Sebagai tambahan, seiring dengan slogan “Ustaz Tanya, Uztaz Jawab”, Quranic Mind mengambil serius dalam menyediakan suasana pembelajaran yang selesa bagi setiap pelajar tanpa mengira had umur atau kemahiran. Semua pelajar boleh mengajukan sebarang pertanyaan kepada para pengajar tanpa perasaan takut atau malu.
Kelas mengaji online di Quranic Mind ini sesuai bagi sesiapa yang mencari program pengajian yang santai dan tenang, tenaga pengajar yang tidak mengajukan soalan ketika sesi berlangsung, pernah mempelajari Al-Quran pada masa kanak-kanak tetapi terlupa, ingin mempelajari huruf-huruf Al-Quran dari peringkat asas hingga mahir membaca Al-Quran, ingin memantapkan ilmu tajwid dan makhraj huruf, dan ingin membaca Al-Quran dengan lancar secara umum.
Quranic Mind menawarkan pembelajaran yang sistematik secara berperingkat, bermula dari tahap 1 sehinggalah tahap 4.
Tahap 1: Pengajian TAHMID Asas
Pengajian asas TAHMID bagi pelajar dewasa bermula dengan sebutan Huruf-huruf Hijaiyyah (Alif, Ba, Ta) satu persatu. Anda boleh melatih diri untuk mengenal bentuk huruf dan asas penulisan huruf-huruf Hijaiyyah serta sebutannya secara berulang. Cara pembelajaran yang digunakan di Quranic Mind adalah sangat kreatif dengan menggunakan alat ketukan sebagai alat bantu belajar. Kelas mengaji dewasa di peringkat ini berlangsung sebanyak 12 kali dan berjalan seminggu sekali. Selepas mahir membaca Huruf-huruf Hijaiyyah, anda boleh menyertai kelas di peringkat seterusnya.
Tahap 2: Pengajian TAJWID
Peringkat TAJWID bermula dengan latihan dan pembetulan Makhraj Huruf iaitu tempat keluarnya Huruf Hijaiyyah di dalam mulut. Mempelajari sebutan tepat setiap huruf, hukum-hukum asas tajwid dan tanda wakaf (berhenti) adalah penting dalam pembacaan Al-Quran. Kelas pengajian Tajwid juga dijalankan sebanyak 12 kali pertemuan yang berlangsung seminggu sekali.
Bukan sahaja itu, konsep pembelajaran bagi Tahap 1 dan Tahap 2 adalah santai secara berkumpulan, dibantu oleh ustaz hanya apabila diperlukan, dan anda tidak perlu takut untuk membuat salah. InsyaAllah anda mampu untuk membaca Al-Quran dalam masa 3 bulan secara perlahan.
Tahap 3: Pengajian TALAQQI AM
Pembacaan Al-Quran secara berkumpulan untuk menerapkan rasa keyakinan dalam diri setiap pelajar membaca Al-Quran. Di peringkat ini, anda boleh melalui proses mengulangkaji semula pelajaran yang didapati dalam tahap 2 berkaitan sebutan Makhraj huruf dan tajwid untuk membina kemahiran dan kebolehan membaca Al-Quran dengan baik, bersistematik dan berperingkat.
Anda turut dibantu untuk melatih diri menguasai dan menyempurnakan sebutan huruf, dengungan dan kemahiran membaca Al-Quran pada peringkat awal. InsyaAllah, anda boleh khatam Al-Quran dalam masa setahun bersama kelas mengaji dewasa Quranic Mind Network.
Tahap 4: Pengajian TALAQQI KHAS
Di peringkat akhir kelas mengaji dewasa ini, pembacaan Al-Quran secara individu bersama dengan guru akan lebih berfokus kelancaran bacaan Al-Quran. Anda boleh menguasai makhraj huruf tertentu yang anda masih belum memahiri sepanjang pengajian anda sebelum ini, serta melatih diri untuk lebih menguasai dan menyempurnakan sebutan huruf, dengungan dan kemahiran membaca Al-Quran dengan lebih lanjut.
Selain daripada kelas mengaji online, Quranic Mind juga mempunyai beberapa produk lain yang mungkin lebih bersesuaian dengan kehendak anda seperti kursus menyempurnakan solat, tadabbur Al-Quran dan Bahasa Arab.
Sekiranya anda berminat dengan mana-mana produk yang ditawarkan oleh Quranic Mind Network, jom sertai kelas mengaji online ini dengan mengunjungi laman sesawang Quranic Mind https://quranicmind.com.my/ untuk maklumat lebih lanjut. Anda juga boleh melihat sendiri testimoni peserta-peserta Quranic Mind yang telah menjalankan program pengajian Al-Quran ini!
Kelas mengaji online ini terhasil untuk membantu anda serta menyahut seruan Nabi Muhammad S.A.W berdasarkan hadis Baginda:
“Sebaik-baik dari kalangan kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”
Semoga anda dipilih oleh Allah S.W.T untuk mendekatiNya dengan mempelajari Kitab Suci Al-Quran bersama Quranic Mind.