Anda mencari kelas Al-Quran?
Al Quran merupakan satu mukjizat dan rahmat terbesar yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia. Pendidikan Al Quran perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak kita sejak kecil. Bagi memastikan mereka dapat belajar al Quran dengan sempurna serta membaca dengan tertib dan tartil, amat penting untuk belajar al quran secara kerap dan berkala.
Membaca Al-Quran merupakan satu tuntutan dan ibadah yang sangat besar pahalanya. Al Quran itu sendiri harus dijadikan panduan hidup dan petunjuk yang sangat penting oleh orang Islam.
Dari Aisyah r.h.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang mahir dalam Al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia lagi benar, dan orang yang tersangkut-sangkut dalam membaca Al-Quran sedang ia bersusah payah (mempelajarinya), maka baginya pahala dua kali.” (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Institusi Quranic Mind telah beroperasi sejak 2017 dan menjadi peneraju pendidikan Al-Quran & Solat. Quranic Mind menawarkan pengajian berkualiti bagi semua golongan usia yang mahu menghadiri kelas Al-Quran. Berteraskan pengajian Al-Quran, Quranic Mind menawarkan pengajian berperingkat bermula daripada Asas Dewasa, Tajwid, Talaqqi Am dan Talaqqi Khas.
Di Quranic Mind, bukan hanya kanak-kanak yang boleh menyertai kelas Al-Quran. Malahan kelas Al-Quran ini juga disediakan untuk dewasa. Tambahan lagi, Quranic Mind juga menyediakan kelas Al-Quran secara online.
Mari lihat penerangan lebih lanjut tentang pembelajaran sistematik yang ditawarkan oleh Quranic Mind!
Tahap 1: Pengajian TAHMID Asas
Peringkat pertama dalam pelan pembelajaran Quranic Mind adalah pengajian asas Tahmid bagi pelajar dewasa yang bermula dengan sebutan Huruf-huruf Hijaiyyah (Alif, Ba, Ta). Para peserta dipandu untuk mengenal bentuk dan asas penulisan huruf-huruf Hijaiyyah serta sebutannya secara berulang. Quranic Mind mengaplikasikan gaya belajar al Quran yang kreatif menggunakan alat ketukan untuk membantu sesi pembelajaran.
Kelas mengaji dewasa di peringkat pengajian Tahmid asas ini berlangsung sebanyak 12 kali dan berjalan seminggu sekali. Selepas mahir membaca Huruf-huruf Hijaiyyah, peserta boleh menyertai kelas Al-Quran di peringkat seterusnya.
Tahap 2: Pengajian TAJWID
Kelas Al-Quran di peringkat pengajian Tajwid ini juga berlangsung sebanyak 12 kali dan berjalan seminggu sekali. Pada peringkat ini peserta akan berada di peringkat TAJWID yang bermula dengan latihan dan pembetulan Makhraj Huruf; tempat keluarnya Huruf-huruf Hijaiyyah di dalam mulut.
Mempelajari sebutan tepat setiap huruf, hukum-hukum asas tajwid dan tanda wakaf (berhenti) adalah penting dalam pembacaan Al-Quran. Selepas mahir melafaz Huruf-huruf Hijaiyyah dan hukum-hakam Tajwid, peserta boleh menyertai kelas Al-Quran di peringkat seterusnya.
Tahap 3: Pengajian TALAQQI AM
Selepas pengajian Tajwid, peserta boleh melanjutkan kelas Al-Quran ke peringkat pengajian Talaqqi Am. Sesi pembacaan Al-Quran secara berkumpulan dijalankan untuk menerapkan rasa yakin dalam diri pelajar untuk membaca Al-Quran. Di peringkat ini, peserta boleh mengulang kaji pelajaran yang didapati dalam tahap 2 berkaitan sebutan Makhraj huruf dan Tajwid untuk membina kemahiran dan kebolehan membaca Al-Quran dengan baik, sistematik dan berperingkat.
Dengan bantuan tenaga pengajar, peserta akan dipandu bagi mengasah lagi bacaan dengan menguasai dan menyempurnakan sebutan huruf, dengungan dan kemahiran membaca Al-Quran pada peringkat awal.
Jika anda menyertai kelas Al-Quran secara berterusan mengikut pelan yang diatur, InsyaAllah, anda boleh khatam Al-Quran dalam masa setahun bersama Quranic Mind Network.
Tahap 4: Pengajian TALAQQI KHAS
Di peringkat akhir kelas di Quranic Mind, kelas Al-Quran bersama dengan guru akan lebih berfokus kepada kelancaran bacaan Al-Quran di mana peserta boleh melanjutkan penguasaan Makhraj huruf tertentu yang masih belum mahir sepanjang pengajian sebelum ini. Peserta pengajian Talaqqi Khas boleh melatih diri untuk menyempurnakan sebutan huruf, dengungan dan kemahiran membaca Al-Quran dengan lebih lanjut di bawah pantauan guru yang bertauliah.
Quranic Mind turut mengadaptasi gaya pembelajaran yang selari dengan perkembangan teknologi dunia yang pesat, di mana peserta-peserta boleh terus belajar Al Quran secara online tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan yang bermutu bagi setiap peserta.
Al Quran kini lebih mudah dipelajari dengan pendekatan untuk memilih kelas Al-Quran merentasi masa, jarak, & komitmen, dan melalui mana-mana platform online untuk belajar secara live dengan guru melalui panggilan video.
Kelas-kelas Al-Quran ini dijalankan di bawah bimbingan para guru yang berpengalaman dan mempunyai kelulusan dalam bidang pengajian Al-Quran. Antaranya adalah pekerja-pekerja tetap yang mempunyai latar belakang akademik yang membanggakan seperti Ijazah Sarjana Ekonomi dan Ijazah Sarjana Syariah. Ahli-ahli tenaga pengajar di institusi ini semuanya terlatih dalam memastikan kelas Al-Quran yang ditawarkan berkualiti dan senang diikuti.Jangan jadikan kekangan atau faktor umur sebagai alasan. Quranic Mind Network sedia membantu anda untuk mempelajari al quran. Jom sertai kelas Al-Quran kami di Quranic Mind! Layari laman web Quranic Mind https://quranicmind.com.my/ untuk maklumat lebih lanjut dan testimoni peserta-peserta Quranic Mind, atau anda juga boleh kunjungi mana-mana cawangan Quranic Mind Network di Shah Alam.