TAWARAN
PENGAJIAN AL-QURAN
KEMASUKAN TERBARU 2022
Whatsapp Kami
Mari sama-sama sertai pengajian al-Quran dan Solat di Quranic Mind. Kami membimbing anda membaca al-Quran dengan teknik yang sistematik dan terbukti berkesan. Dalam tempoh 3 bulan, anda akan mampu membaca al-Quran. Jika tidak, teruskan pengajian anda bersama kami secara percuma. Kos anda kami tanggung.
ASAS AL-QURAN
• Pengajian ini sesuai bagi golongan yang ingin MENGENAL HURUF HIJAIYYAH (Alif, Ba, Ta) satu persatu.
• Pelajar akan diperkenalkan dengan BENTUK HURUF dan sebutan bagi TANDA BARIS yang pelbagai.
• Pelajar akan mengetahui bunyi bagi setiap huruf serta dapat membezakan antara BACAAN PANJANG DAN PENDEK.
• Konsep pembelajaran secara santai, pelajar BACA BERAMAI-RAMAI DAN USTAZ TAK TANYA SOALAN.
• Tempoh pengajian ialah sebanyak 12 PERTEMUAN dan berjalan SEKALI SEMINGGU.
• Target: Anda dapat membaca al-Quran secara perlahan dengan baris yang betul tanpa tajwid dalam masa 3 bulan.
ASAS TAJWID
• Pengajian ini sesuai bagi golongan yang ingin mengenali HUKUM ASAS TAJWID AL-QURAN secara teori dan amali.
• Pelajar akan diperkenalkan dengan MAKHRAJ bagi setiap huruf, KADAR PANJANG BACAAN DAN DENGUNG.
• Pelajar akan mengetahui hukum melibatkan NUN & MIM MATI serta tanda-tanda WAQAF.
• Penekanan terhadap HUKUM TAJWID YANG SENTIASA BERULANG-ULANG yang merangkumi 70 peratus hukum bacaan al-Quran.
• Tempoh pengajian ialah sebanyak 12 PERTEMUAN dan berjalan SEKALI SEMINGGU.
• Target: Anda dapat membaca al-Quran dengan bertajwid dalam masa 3 bulan.
TALAQQI AM
• Pengajian ini sesuai bagi golongan yang boleh membaca al-Quran dan menguasai hukum tajwid al-Quran.
• GURU BACA & PELAJAR IKUT.
• Penekanan diberikan kepada MEMPERELOKKAN BACAAN DAN SEBUTAN agar menepati hukum tajwid dan makhraj huruf.
• Mendapatkan kemahiran membaca Al-Quran pada peringkat awal.
• Target: Khatam bacaan 30 juzuk al-Quran beramai-ramai dalam kumpulan.
TALAQQI KHAS
• Pengajian ini sesuai bagi golongan yang boleh membaca al-Quran dan menguasai hukum tajwid al-Quran serta dapat membaca al-Quran dengan lancar.
• Pembacaan Al-Quran SECARA INDIVIDU bersama dengan guru secara lebih berfokus untuk melancarkan pembacaan Al-Quran.
• Penekanan kepada makhraj huruf tertentu yang belum benar-benar dapat dikuasai.
• Melatih diri untuk menguasai dan menyempurnakan sebutan huruf, dengungan dan kemahiran membaca Al-Quran pada peringkat mahir.
• Target: Dapat membaca seluruh ayat al-Quran dengan baik dan lancar.
TADABBUR AL-QURAN
• Pengkhususan kepada SURAH-SURAH dan AYAT TERPILIH yang disampaikan oleh guru yang berpengalaman.
• Merungkai RAHSIA SETIAP SURAH di dalam Al-Quran bermula daripada asbabul nuzul (sebab penurunan) ayat tersebut serta MAKNA DAN PENGAJARAN yang tersirat pada setiap perkataan yang terdapat dalam surah tersebut.
• Pelajar dipaparkan dengan KISAH-KISAH DAN SEJARAH yang berkaitan dengan ayat Al-Quran, samada ayat itu diturunkan berdasarkan peringatan, khabar gembira atau sebagai arahan yang wajib dilaksanakan bagi setiap umat Islam.
• Pengajian sesuai bagi SEMUA PERINGKAT ORANG DEWASA.
• Target: Anda dapat menghayati serta mengetahui perintah Allah swt dalam al-Quran untuk diamalkan serta mengambil pengajaran dan iktibar daripada setiap ayat yang dibahaskan.
SOLAT SEMPURNA
• Pengajian Solat Sempurna adalah bertujuan membentuk PEMANTAPAN IBADAH utama umat Islam iaitu solat.
• Mempelajari setiap RUKUN SOLAT BESERTA DALIL dari Al-Quran dan Hadith yang berkaitan dengan rukun tersebut.
• Menerapkan PERKARA-PERKARA SUNAT yang Nabi saw lakukan dan digalakkan dalam ibadah utama kita bersandarkan kepada KITAB MUGHNI MUHTAJ karangan Imam al-Syarbini menurut Fiqh Mazhab Imam As-Syafie yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Profesor Dr. Hasnan Kasan.
• Pengajian ini berlangsung selama EMPAT PERTEMUAN dan juga mengundang pendakwah selebriti dari kalangan Imam Muda dan Pencetus Ummah sebagai penyampai khusus untuk slot ‘Sempurnakan Solat’
• Target: Anda berpeluang meningkatkan kualiti ibadah solat dengan memahami serta menghayati setiap pergerakan dan bacaan dalam solat menurut ilmu yang jelas dan tepat.