Sempurnakan Solat

KURSUS ‘SEMPURNAKAN SOLAT’

Kursus ‘Sempurnakan Solat’ adalah bertujuan kearah pemantapan ibadah utama umat Islam iaitu solat.

Mempelajari setiap rukun solat beserta dalil dari Al-Quran dan Hadith yang berkaitan dengan rukun tersebut.

Menerapkan perkara-perkara sunat yang Nabi saw lakukan dan digalakkan dalam ibadah utama kita bersandarkan kepada kitab Mughni Muhtaj karangan Imam Syarbani dalam Fiqh Mazhab Imam As-Syafie yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Prof. Hasnan Kasan.

Kursus ini berlangsung selama empat minggu dan juga mengundang pendakwah selebriti dari kalangan Imam Muda dan Pencetus Ummah sebagai penyampai khusus untuk slot ‘Sempurnakan Solat’