logoQMN

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ ٤٥

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

-Surah Al Ankabut Ayat 45

Program

Semarak Ramadhan

Program tahunan yang dianjurkan oleh Quranic Mind Network dengan pengisian-pengisian menarik yang menampilkan penglibatan ramai pihak selain itu menganjurkan program iftar bersama masyarakat awam sekitarnya bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan. Program ini dijalankan secara PERCUMA termasuk iftar bersama.

Program yang Ditawarkan

Quranic Mind Network menyediakan pelbagai jenis program dakwah terutamanya program berkaitan Al-Quran dan Solat secara percuma mahupun berbayar bagi semua lapisan umur melalui online dan fizikal

Quranic Mind Network

Sebuah institusi Islam yang ditubuhkan pada tahun 2017 dengan memfokuskan kepada pengajian Al-Quran dan solat serta dakwah

Berkongsi Rezeki

Firman Allah SWT:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. 

(Surah al-Baqarah: 274)