- Home
- About Us
About Us

About Us
Quranic Mind Network
Kami adalah institusi Islam yang ditubuhkan pada tahun 2017, dengan fokus kepada pengajian Al-Quran dan solat. Di sini, kami berusaha untuk memberikan satu platform yang berkualiti dan mudah diakses bagi semua yang ingin mempelajari Al-Quran dan solat secara mendalam.
Kami percaya bahawa memahami Al-Quran secara mendalam akan memberikan kita panduan hidup yang terbaik, serta menghasilkan keinsafan yang lebih mendalam terhadap ajaran agama Islam. Di samping itu, solat juga merupakan asas utama dalam kehidupan seorang muslim, dan oleh itu, kami menitikberatkan pembelajaran dan praktis solat secara khusus.
Kami sangat berbesar hati untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk semua pelajar dan pengunjung kami. Dengan guru-guru yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang agama Islam, kami berharap dapat membantu semua yang ingin mempelajari Al-Quran dan solat dengan lebih mendalam.
Terima kasih kerana memilih QuranicMind.com.my sebagai rakan pembelajaran anda. Sila hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan yang ingin dikongsi.
VISI QMN
Institusi Pendidikan Islam Terulung Di Malaysia Menjelang 2027
Misi QMN
- QMN Ialah Platform Yang Menyediakan Perkhidmatan Pengajian Al Quran Dan Solat
- QMN Menggunakan Teknik Pengajian Yang Sistematik Dan Terbukti Berkesan
- Menarik Minat Orang Ramai Untuk Mengaji Al Quran & Menyempurnakan Solat
- Membantu Orang Ramai Celik Al Quran Dalam Dalam Masa Yang Singkat & Memantapkan Solat
- Membawa Masyarakat Dan Diri Kita Ke Syurga Allah S.W.T

Nilai Quranic Mind Network

Kasih Sayang

Profesional

Kerja Berpasukan

Hormat Menghormati

Dedikasi
Falsafah Quranic Mind Network
Program ini terhasil untuk menyahut seruan Nabi Muhammad S.A.W berdasarkan hadis Baginda:
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari (5027)]
Suasana Kelas Quranic Mind

Quranic Mind Menerapkan Rasa Nilai ‘Memujuk’ Didalam Setiap Pembelajaran, Tidak Akan Ada Pertanyaan Yang Diajukan Dari Tenaga Pengajar Untuk Mengelakkan Rasa Malu Pelajar Ketika Tidak Dapat Menjawab Soalan. Ini Menimbulkan Suasana Harmonis Antara Pelajar Dan Tenaga Pengajar Supaya Pelajar Terus Selasa Berada Didalam Kelas.
Slogan: “Ustaz Tanya, Ustaz Jawab”
Dekorasi Kelas Quranic Mind
Berkonsepkan Ala ‘Cafe Hipster’ Mendampakkan Satu Kelainan Didalam Konsep Pengajian Agama. Memberi Keselesaan Dan Mengurangkan Stress Didalam Kelas Pengajian.
