Infaq

Firman Allah SWT:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya:
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

(Surah al-Baqarah: 274)

Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata:
Allah SWT menjelaskan tentang pahala orang-orang yang berinfaq dan pahala berinfaq dalam setiap keadaan dan waktu. Barangsiapa yang bersedekah – baik pada waktu malam atau siang hari, dengan cara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan, dalam keadaan dirinya sendiri memerlukan atau tidak – maka baginya pahala yang sempurna di sisi Tuhan.
Tidak ada ketakutan baginya di akhirat dan tidak pula dia merasa khuatir dan bersedih.
Maksudnya tidak ada ketakutan baginya ketika menghadapi kedahsyatan hari Kiamat dan tidak pula dia bersedih dan khuatir terhadap keadaan anak-anaknya setelah dia meninggal dunia.
Dia juga tidak merasa sedih dan menyesali atas apa yang dia tidak mampu raih dari kehidupan dunia dan keindahannya.
Ini kerana dia telah menjumpai apa yang jauh lebih baik daripada itu semua.
(Lihat al-Tafsir al-Munir, 2/105)

Berkongsi Rezeki

Infaq Semarak Ramadhan 4.0

Dana Program Semarak Ramadhan 1444H & Aktiviti Dakwah Al-Quran, Solat dan Aktiviti Dakwah lain di Quranic Mind

Penajaan Iftar Semarak Ramadhan

Peluang Tajaan Jamuan Berbuka Puasa di Sepanjang Bulan Ramadhan yang diuruskan oleh Quranic Mind di Vista Alam