Program Semarak Ramadhan adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Quranic Mind Network dengan pengisian-pengisian yang menampilkan penglibatan ramai pihak yang sedia bersama-sama menyumbang idea dan usaha dalam memastikan objektif utama pengimarahan Ramadhan sebagai bulan yang mulia tercapai.
Ia diharapkan berjaya mewujudkan suasana ilmu dan memberi peluang kepada masyarakat mengikuti pengajian di bulan Ramadhan sama ada secara atas talian mahupun fizikal.
Program ini juga menyediakan iftar percuma kepada orang awam secara buffet dan pack bagi bersama-sama mengimarahkan lagi bulan yang mulia.